Istimewa untuk anda.. yourdomain.KULIM.my
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan akhir, malam ini.
“Tahniah diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi,” tulisnya dalam Facebook beliau.
——————————

Kelantan Juara Piala FA 2012

KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini.

KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti – dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar.

Kedua-dua pasukan mencari kejuaraan sulung. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.

Dan, ini kali pertama Sime Darby muncul di final.

Kemenangan ini sekali gus menghancurkan impian pasukan KL Sime Darby untuk mencipta kejutan selaku pasukan berstatus kelab menjuarai Piala FA buat kali pertama dalam kancah bola sepak negara.

Kejayaan ini turut memberi tuah kepada Kelantan apabila berjaya membawa pulang trofi baru yang berharga RM80,000 sekali gus melengkapkan koleksi trofi kejohanan domestik.

Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan dilihat seimbang dan agresif pada babak awal perlawanan di mana masing-masing mengasak ke kubu untuk mencipta gol.

Percubaan awal oleh pemain KL Sime Darby, Azmirul Azmi pada minit kesembilan bagaimanapun gagal apabila berjaya ditangkap kemas penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Sejurus selepas itu, sorakan stadium mula bergema apabila giliran Kelantan menguji penjaga gol KL Sime Darby, Mohd Redzuan Harun menerusi rembatan yang sama dari Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-13.

Kemudian, sepakan percuma Indra Putra ditangkap kemas penjaga gawang Sime Darby pada minit ke-20.

Pada minit ke-28, pemain sayap Kelantan, S.Chanturu dijatuhkan selepas membuat larian solo melepasi pemain Sime Darby di sudut kanan pintu gol.

Pemain pertahanan skuad Kijang yang mengalami kecederaan terpaksa dikeluarkan dan Rizal Fahmi Abdul Rosid dibawa masuk pada minit ke-32.

Kelantan memperoleh sepakan sudut yang pertama menerusi Zairul Fitree Ishak namun tandukan Mohd Badhri Radzi hampir berjaya menewaskan penjaga gol Sime Darby.

Tandukan penyerang import Kijang, Muhamad Ghaddar tersasar pada minit ke-41.

Pada babak kedua, Kelantan yang jelas sukar digugat oleh KL Sime Darby mendominasi babak kedua permainan dan keputusan tersebut kekal sehingga tiupan wisel terakhir.

Barisan Pemain:
Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, S.Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), S. Chanturu (Mohd
Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar Mahmoud.

Sime Darby: Mohd Redzuan Harun, Es Lizuan Zahid Amir (kapten), Mohd Arif Ismail, Mohd Shazlan Alias, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Azmirul Azmi (Mohammad Syukur Saidin), Mohd Nor Ismail, Mohd Shoufiq Khusaini, Leandro Teofilo Santos Pinto (Razali Umar Kandasamy), Mohd Faiz Mohd Isa, Patrick Ronaldinho Wleh (Mohd Asrol Ibrahim).

Pengadil: Suhaizi Shukri

Tags:

Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk ‘Nizar pembohong bersiri’.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh.

Sumber: facebook dan Malaysiakini

Tags:

http://www.youtube.com/watch?v=6c5isJhZey0

KUALA LUMPUR – Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar secara meluas di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu [...]

Tags:
Tags:

Bila polis memusuhi rakyat, nak terkencing pun susah..
Polis nak masuk dalam bangunan kononnya sebab nak guna tandas nak terkencing sangat dah. Orang dalam bangunan tak bagi masuk. Polis macam tak percaya yang orang dalam bangunan tak bagi mereka masuk. Dia ingat dia ada kuasa boleh suka-suka hati nak buat apa-apa saja. Lepas tak dapat masuk, [...]

Tags:

Seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja.
Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.
Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya.
Perkahwinan [...]

Tags:

Seorang bayi dengan mempunyai 6 kaki telah dilahirkan pada minggu lepas di Pakistan. Bayi itu mempunyai kembar berkumpul, yang terlalu awal, menyebabkan anggota tambahan terjadi. Salah satu daripada bayi kembar tersebut tidak berkembang sepenuhnya. Ini menyebabkan struktur fizikal kaki tambahan itu seolah-olah  hadir untuk bayi. [bestoneoffour]

Tags:

Seorang Sultan yang beriman, zuhud, merendah diri, dan menghormati alim ulama…Apa yang lebih membanggakan, baginda mampu menjadi imam solat bagi rakyat jelata. Baginda juga telah menukarkan kalimah “DAULAT TUANKU” kepada “ALLAHU AKBAR”. Rakyat Kelantan bangga mendapat Sultan yang berjiwa Islam. Semoga Allah memanjangkan usia baginda dan cepat mendapat jodoh… pic copy/paste dari kerabubersuara@blogspot.com

Tags:

Tidak semua suami dikurniakan wajah dan suara yang berkarisma dan penuh wibawa yang mampu menaklukan isterinya. Meski seorang suami dinobatkan sebagai pemimpin, tapi belum tentu dia mampu memimpin isterinya. Bahkan ada suami yang takut dengan isterinya. Adakah anda termasuk suami takut isteri?
Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah kewangan sampai masalah sikap isteri [...]

Tags:

Proton dijangka akan memperkenalkan model terbaru kereta dengan kod nama P3-21A pada 16.03.2012 ini. Kereta Proton P3-21A ini yang menggabungkan prototaip konsep Tuah akan membawa perubahan besar dalam industri automotif Malaysia.
Proton P3-21A ini akan ditawarkan dalam dua varian, iaitu model Executive dan model Premium. Harga dianggarkan bernilai RM65,000 sehingga RM75,000 seunit. Apa yang menarik ianya dikuasakan oleh [...]

Tags:
  • Maklumat

    maklumat
  • Video@MiG

  • Archives

  • Iklan@MiG